Tuesday, April 5, 2011

BacAS 2011/ 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Pada 17hb Mac 2011 bersamaan dengan hari Khamis bertempat di Dewan Kuliah 1 Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), perlantikan jawatankuasa baru sesi 2011/ 2012 telah dilaksanakan. Berikut merupakan ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik:-

SENARAI NAMA JAWATANKUASA BacAS 2011/2012.



Presiden:
Nurhafezah Binti Mohd Tharimazi ( 0135078829) / hafeeza88@yahoo.com

Timbalan Presiden :
Mohamad Farez Izrul Bin Kamaruzaman (0173267477) / farez_izrul89@yahoo.com

Setiausaha:
Nik Mahirah binti Nik Mohammad (0193768269)/ aimnikk@gmail.com

Timbalan Setiausaha:
Siti Noorzuriani Binti Mahmod (0172548550) / zurianimahmod@yahoo.com

Bendahari:
Siti Hajar Binti Rusdi ( 0195729580) /sitihajarrusdi@gmail.com

Timbalan Bendahari:
Mohd. Farid Bin Mohd Mahali (0136720710) / 4red.ctzen@gmail.com

Exco Kepimpinan Mahasiswa:
Muhamad Amirfiqri bin Samsudin (0193671120) / amirfiq91_key@yahoo.com
Muhammad Haikal bin Abdul Raman (0134595092) / mr_insidiousme@yahoo.com

Exco Akademik:
Noradila binti Mazilan ( 0132175597/ 0173243194) / azdieyra@hotmail.com
Nur Liyana Binti Ali ( 0194502915) / kicinana@yahoo.com

Exco Protokol dan Perundangan:
Halimatul Saadiah binti Ismail ( 0132589861/ 0174744873) / irdinaaisya88@gmail.com
Mohd Haniff bin Bahari ( 0125049540) / hanifcrush@gmail.com

Exco Sukan dan Kebudayaan:
Ahmad Taufiq bin Abdul Rahim ( 0172845368) / tau_fiq@yahoo.com
Nur Afiqah binti Hasan (0148198517) / pchoc_913@yahoo.com

Exco Publisiti, Hal Ehwal Dalaman dan Perhubungan Awam:
Nurul Jannatul Ma’wa Binti Mohamed ( 0127863428/ 0136870193)/ nurul5548@yahoo.com
Mohammad Zaidi bin Rahiman (0126442858) / eddyzaidi_uni@yahoo.com

Exco Kebajikan dan Pembangunan Mahasiswa:
Nur Asnawi bin Sulaiman (0139550783) / asnawio_aseq@yahoo.com
Noor Ezanin binti Zakaria (0136890693) / noorezaninzakaria@yahoo.com

Thursday, September 2, 2010

Selesai Sudah Program Nur Kasih Nur Kasih Ramadhan 2010

Tamat sudah satu-satunya program untuk Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dalam bulan Ramadhan ini. Program yang diberi nama Nur Kasih Ramadhan anjuran bersama Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Sains Pentadbiran dan Persatuan Mahasiswa dan Mahasiswi Pentadbiran Korporat.

Program ini mengambil masa selama 4 hari bermula pada 23 hb Ogos 2010 hingga 26 hb Ogos 2010. Program Nur Kasih Ramadhan dimulakan dengan Tadarus Al-Quran pada hari Isnin 23 Ogos hingga 26 Ogos. Jumlah peserta tadarus amat menggalakkan sekali walaupun masa untuk merancang perjalanan aktiviti ini cuma seminggu.

Pada hari Selasa 24 hb Ogos, Program Bubur Lambuk Mega FSPPP pula dilaksanakan. Sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada semua pelajar, staff pentadbiran dan juga pensyarah fakulti bermula pada pukul 4 petang hingga 6 petang. 

Pada hari Khamis 26 hb Ogos, Seteguh Kasih Ramadhan iaitu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim telah dilaksanakan dengan meriahnya. Para peserta tadarus telah bersama-sama khatam Al-Quran pada petangnya selepas solat asar kemudian disusuli dengan sedikit tazkirah Ramadhan. Kemudian semua peserta tadarus, pensyarah dan staff pentadbiran telah berbuka bersama-sama dan solat maghrib berjemaah. Selepas itu barulah semua mengambil tempat untuk makan malam bersama di dataran Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dekan FSPPP, Professor Dato’ Dr. Hjh. Ramlah binti Adam telah bersama-sama menjayakan majlis ini seterusnya menyampaikan sumbangan sebagai wakil fakulti kepada Rumah Anak-Anak Yatim dari Subang.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua ahli jawatankuasa Program Nur Kasih Ramadhan, AJK BacAS dan CASS, pelajar-pelajar, pensyarah, staff pentadbiran dan semua yang telah menjayakan majlis ini. Tanpa anda semua program ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih sekali lagi.

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung. Kepada pelajar yang gambarnya tiada di sini sila jangan berkecil hati. 


Program Tadarus Al-Quran(Bilik Seminar FSPPP)



Bubur Lambuk Mega FSPPP(Ruang Legar FSPPP)




Seteguh Kasih Ramadhan(Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim)

Thursday, August 19, 2010

Program Nur Kasih Ramadhan

Program Nur Kasih Ramadhan

Bersempena bulan Ramadhan ini pihak BacAS dan CASS akan bersama-sama menjayakan program yang diberi nama Nur Kasih Ramadhan untuk semua pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Antara program yang akan dijayakan antaranya Tadarus Al-Quran, Bubur Lambuk Mega FSPPP dan Seteguh Kasih Ramadhan. 


Tadarus Al-Quran 

Tarikh: 23/8/2010 - 26/8/2010
Masa: 12.30 - 1.30 
Tempat: Bilik Seminar FSPPP

Pengagihan Bubur Lambuk Mega FSPPP

Tarikh: 24/8/2010
 Masa: 4.00 - 6.00 petang
 Tempat: Tempat Letak Kenderaan FSPPP

Seteguh Kasih Ramadhan(Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim & Majlis Khatam Al-Quran)

Tarikh: 26/8/2010
Masa: 4.00 - 10.30 malam
Tempat: Bilik Seminar


Kepada pelajar yang berminat untuk menyertai program Tadarus Al-Quran anda boleh hubungi wakil berikut:

Ain - 0136934347


Monday, July 19, 2010

Sukaneka BacAS Karnival 2010

Program: BacAS Karnival 2010
 
Tarikh:20 March 2010

Tempat: Dataran FSPPP

Masa: 8 pagi - 5 Petang